Friday, April 16, 2010

Isyarat Jelas Kepada Pengundi Hulu Selangor


BUKIT SENTOSA (Hulu Selangor), 15 April – Tindakan Adun Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas perlu diterima sebagai isyarat kepada pengundi-pengundi di Parlimen Hulu Selangor bahawa kini semakin ramai hilang kepercayaan kepada parti itu.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, semakin ramai pemimpin dan penyokong parti itu sudah hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya sama ada di peringkat Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri.

Setakat ini lapan wakil rakyat PKR masing-masing empat ahli parlimen dan Adun keluar parti itu yang menjadi wakil rakyat Bebas.

Tan dalam sidang media ketika mengumumkan keluar PKR, mendakwa dia diperalat oleh pemimpin tertentu parti itu.

Menurut Muhyiddin, pada peringkat awalnya mereka amat yakin dan terpengaruh dengan Anwar.

“Mereka ini mungkin terpengaruh kata-kata Anwar yang hebat-hebat. Selepas dua tahun (sejak Pilihan Raya Umum 2008) mereka sudah dapat nilai siapa Anwar dan PKR.

Kini dan jelas terbukti mereka akhirnya kecewa. Masanya pun memang tepat dan beri isyarat pada pengundi di sini ,” ujarnya kepada sidang media selepas mengumumkan Calon BN bagi PRK Hulu Selangor di Pusat Operasi BN Hulu Selangor di Bukit Sentosa, petang ini.

Timbalan Perdana Menteri menganggap tindakan Tan keluar parti itu pada hari pengumuman calon BN satu kes amat klasik.

Katanya, mereka yang sudah keluar parti itu menganggap perjuangan PKR adalah sia-sia kerana tidak diberikan layanan saksama dan sewajarnya. -MediaUMNO

KOMEN Megat - PKR memang tak mampu tadbir parti..

No comments:

Post a Comment